Pearls in the sand

Pearls in the sand

Friday 20 May 2016

Permulaan yang tertinggal

Betul, aku tau....blog ni dah berhabuk. Bukan habuk lagi, dah bersawang pun. Melintang, menegak sawang-sawang tu mengejek kemalasanku.

Malas? Mungkin. (masih tak nak mengaku)
Kekeringan idea? Yang ini, aku geleng. Idea sentiasa melimpah ruah, macam masak serawa durian yang ditinggalkan menggelegak sendirian. Betul, idea sentiasa melimpah...tapi cuma dalam kotak fikiran,noktah.
Tak ada masa ke? Yang ini tak berani nak tipu. Masa sentiasa ada, cuma disibukkan ke arah lain, Time management fail!

Akhirnya, bagaimana?

Akhirnya, aku kena akui. Minat saja tak cukup. Sekelumit bakat yang ada pun belum terjamin. Kalau kaki tak melangkah, jangan harap sampai ke destinasi. Tak ada siapa nak tolong dokongkan. Sendiri mau, sendiri la usaha...! Minta Allah permudahkan, mohon Allah berikan kebijaksanaan mengatur masa, mohon juga Allah anugerahkan ilham yang baik-baik. Semuanya milik Allah....mohon pinjam pada pemilikNya...lepas tu jangan sibuk nak cari alasan masam masin tu. Kalau niat dah lurus, kukuhkan iltizam, lepas tu...on your mark, get set, go!

Ini ayat-ayat memotivasikan diri sendiri, sedang nasihatkan lubuk hati. Aku mohon doa-doa ikhlas dari kalian yang sentiasa setia hadir atau yang singgah berteduh sebentar. Aku perlukan kalian dalam perjuangan ini, kerana tiada makna kata-kata kalau tiada yang mendengarnya. Dan kata-kata itu ibarat sebatang pohon rendang di padang luas yang kontang, tetap hilang fungsinya jika tiada siapa ingin berteduh.

Moga ia menjadi muqaddimah yang ada isi ceritanya di kemudian hari. Mudah-mudahan.....Amiin!