Pearls in the sand

Pearls in the sand

Tuesday 7 May 2013

Akhlak Rasulullah...di manakah ia dalam kehidupan masa kini?

Dalam wasiat Nabi صلی الله عليه وسلم kepada Mua’dz bin Jabal رضي الله عنه, beliau صلی الله عليه وسلم bersabda.
“Artinya : …. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik” [Hadits Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi]

Kubuka tirai "Day 1" dengan hadis di atas...ayat yang sangat ringkas tapi membawa maksud yg sangat indah. Ia adalah antara mutiara yg ditinggalkan Rasulullah...semua akan membacanya namun hanya hati-hati yang indah sahaja yang mampu menggarap maksud di sebalik hadis2 baginda.

Ya Rabb...golongkanlah aku di dalam golongan itu...

Hari ini, dengan mood dukacita aku menyusun resah melihat betapa tidak endahnya manusia yang tercatat Islam sebagai agama di dalam IC mereka mengambil Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam kehidupan seharian. Betullah jugak...nak ikut macamana, kitab2 mengenai baginda tidak ada di antara koleksi buku-buku yang dibaca. Ceramah pun dengar sekali sekala (setahun sekali kot waktu ramadhan)..itupun kalau tak berdengkur separuh jalan. Tidak ada apa yg thrill dlm sirah Rasulullah...let the oldies hold that job, our turn will be around the corner soon.

Soalnya, dah pernah tanya ke malaikat Izrael bila nak datang bagi kad jemputan dari Allah...since when death will only reach you when you are old....?

Natijahnya...haa...macam isu terhangat di pasaran sekarang. Isu racism macam hot sale akhir bulan dekat jaya jusco. Bangsa Cina adalah golongan yang amat 'berdosa' sekarang di kalangan beberapa golongan. Mereka adalah seperti gunting dalam lipatan, ada agenda paling rahsia untuk menjatuhkan orang2 Melayu. Itu mereka kata. Aku ada point aku sendiri. Yang paling seronok, semua fakta itu bermula dari cetusan idea seseorang atas isu pilihanraya yang baru di'past tense' kan, yang akhirnya digarap dengan begitu unik oleh orang2 yang suka copy and paste dan buat jualan lelong kepada oranglain.

Maka persoalannya...itukah akhlak Rasulullah yg kita ikut? Mana satu akhlak baginda yg ada dalam mana-mana tindakan itu?

Kesahihan fakta....? Menghina dengan kata-kata yang lebih busuk dari longkang? Menutup hati dari teguran dan membalasnya dangan maki hamun?

Oh ya! Tidak mengetahui, jauh sekali memahami sirah adalah puncanya. And for that...really..I've no comment!

Sesungguhnya setiap perkara yang dilalukan, setiap kata2 yang dihamburkan, setiap idea yang direalisasikan, semuanya mempunyai natijah yang perlu dihadapi. Dan akhir sekali akan menjadi satu saham (baik atau buruk) di akhirat kelak. Belajarlah meletakkan akal di tempat yang sepatutnya, gunakan pemberian Allah itu untuk perkara yg baik2 sahaja, jadilah agen pembawa kebaikan kepada insan lain....dan segalanya mampu digalas dengan sebaik2nya jika diterjemahkan melalui kaca mata Islam yang dibawa oleh junjungan besar baginda Rasulullah.

And maybe for a start.....istighfar dan zikrullah...lembutkan hatimu agar mampu melihat dan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai penyelesaian keruntuhan akhlak manusia waktu kini.

Wallah hu'alam.

                       

Monday 6 May 2013

Perjuangan Yang Belum Selesai


6 Mei 2013
Hari ini aku jadikan penutup kepada kehibaan hati yang masih lagi kupujuk. Esok perjuangan baru akan menunggu. Kena perbaharui iltizam, kena buang rasa penat....perjuangan ini belum selesai. I AM NOT DONE YET!

Eh!Sejak bila pulak aku jadi pejuang tegar pada pelaksanaan Islam yang syumul di tanah tumpah darahku ini....tegar dengan caraku sendiri, itu sudah pasti. Sedangkan aku memegang bendera pun tak pernah sekali. Berkempen di ruang facebook pun tidak. Jadi flashmob lagi tak payah. Alih2 nak rasa hiba separuh mati....

Secara 'past tense'nya memang aku tidak berjuang cara itu. Aku menjadi seperti dedaun yg dihembus angin, melentok ke arah yg ditentukan oleh hukum alam...kerana kononnya aku mahu mendampingi orang2 yang belum memahami, aku mahu jadikan diri ibarat tanah lapang yg tak ada tanda 'no entry'. Siapa2 boleh menyatakan pendapat. Aku bagi telinga, senyum pun aku sedekahkan...dan perlahan2 cuba mentarbiah dengan segala kedaifan yg ada walaupun yg nak diberitahu tu semuanya dah keras ubun2nya.

Namun selepas apa yang telah ditakdirkan semalam, aku sedar aku perlu mengayakan method. Jadi sekarang secara 'present continuous tense' nya, aku akan terus berjuang....dengan senjata yg aku tahu aku mahir menggunakannya. In sha Allah, ketajaman senjata yg Allah anugerahkan kepadaku ini akan kupergunakan untuk terus berjuang. There's no two way about it and certainly there's no turning back!

I AM NOT DONE YET, I'VE JUST STARTED!

Friday 25 January 2013

Di pelabuhan sepi














tika di pelabuhan sepi
kuhitung resah
bak mengukir bintang di pagi hari,

mentari sudah lama mendiamkan diri
sang bulan tidak lagi menyapa
entah di mana bahang siangku
entah ke mana dingin malamku

aku di di pelabuhan sepi
menghitung penantian
yang tak kunjung noktahnya
seperti kuhitung
tinta rahmat kepatuhanku
seperti kuhitung
tinta azab kealpaanku

di pelabuhan sepi
di sinilah aku kini
dalam perjalanan hakiki
yang maha panjang dan penuh liku
yang pastinya tiada jalan kembali

Tuhanku,
Tuhanku....
masih sudikah mengasihani aku...
masihkah Engkau mengampuni kedaifanku....

Sunday 20 January 2013

Perjalanan Suatu Kehidupan...



Akhirnya jari-jemariku menari lagi. Bohonglah kalau aku katakan aku tidak merindui dunia penulisan ini...dan tak mau pula aku mencari beribu alasan. Teringin aku nak jadi manusia yang tak pandai mencari helah bermadah...seperti selalu aku katakan pada anak2....'manusia sentiasa mencari alasan untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan sepertimana pandai juga mereka mencari alasan untuk tidak membuat kebaikan'. Ya Allah....hambaMu ini merangkak lagi, janganlah Kau berpaling dari memberi redhaMu atas kedaifanku.

Hari ini hampir separuh hari aku membaca entri seorang hamba Allah yang sudah pun dijemput pulang oleh Yang Maha Pencipta. Bukannya aku kenal sihamba Allah ini....aku cuma mengenali sipemberitahu, kenalan pada anak-anakku.Inilah kali kedua dalam bulan ini aku jadi sangat terpaku dengan dua khabar kematian dunia dan permulaan alam barzakh bagi dua hamba Allah yang tidak kukenali sama sekali. Aku jadi sedih dan hiba bukan kerana rasa kehilangan (kerana aku tidak mengenali keduanya) tapi kerana aku melihat diriku dalam kedua kematian ini. Aku melihat AKU yang persediaannya masih suam2 kuku untuk pulang kepadaNya. Aku melihat AKU yang masih merangkak mendidik anak2 ke arah ruh dan hidup keranaNya. Aku melihat AKU yang masih berhutang kasih dan budi pada kedua orangtuaku. Aku melihat AKU yang masih belum puas melihat Islam dalam diri kekasihku. Dan aku...aku melihat AKU yang takut pada kematian namun tidak sanggup mengatakan aku tidak mahu bertemuNya.

Kerana itu...aku sangat sedar duhai Allah kenapa Engkau datangkan sakit ini padaku. Aku sangat insaf mengapa Kau bataskan kemampuanku. Aku tidak akan merungut dengan lelahnya aku duduk lama, atau tidak kemampuanku menelentangkan tubuh badan pinjamanMu, pun aku malu untuk merungut kalau gerakan pantasku terpaksa dibantu. Namun sungguh Ya Rabb...janganlah Kau tarik nikmat sujud yang Kau ambil waktu ini....pinjamilah aku walau sebentar...hanya sebentar Ya Rabb....sebentar cuma....

Kematian pada dua jiwa yang tidak kukenali itu banyak mengetuk pintu alpaku...alpa yang tiada kesudahan seperti panjangnya mimpi2 indah dan harapan2 yang tidak bernoktahku. Kuteropong sudah masa2 yang banyak terbazir, usaha2 yang tidak cukup gah, tazkirah2 yang belum cukup menyentuh hati. Aku melihat sembilan nyawa yang sangat kukasihi di dalam tabir potret di dinding. Sudah cukupkah kasih yang kuhamparkan...sudah cukupkah ajaran yang kuhidangkan, sudah cukupkah contoh teladan untuk diikut....cukupkah. Mampukah kujawab semua itu di hadapanNya kelak....mampukah duhai AKU....sedangkan masa sudah tidak cukup panjang, detik sudah kian menjauh....panggilan sudah sayup2 menyapa....

Maafkan aku...kerana jari-jemari ini hanya menari tanpa ada iramanya. Anak2 sedang berteleku di hadapan televisyen(itulah antara tinggalanku yang perlu kujawab nanti). Ada yang di dalam kamar menelekup telinga dengan headphone (lagu2 yang melalaikan kah yang didengarinya....duhai....). Ada yang di dapur mencari habuan untuk siperut(yang kudoakan sehingga akhirnya hanya akan menjamah rezekiMu yang halal). Ada yang tiada di hadapan mata...entah sedang apa, hanya yang baik sahaja kuharapkan. Dan kekasihku yang masih menyintai masjid (moga Allah memandumu selalu kepadaNya). Aku terasa lelah...bukan kerana sakit yang masih berpanjangan...lelah kerana menyedari pada baki nafas yang dipinjamkan sedang banyak yang belum kulaku dan betulkan....

Ya Allah.....pandangilah aku sebentar...dengan rahmat kasih dan redhaMu....
sungguh aku takut pada masa yang Kau janjikan...
sungguh aku sangat merindukan akan saat mendekatiMu...

Di sini aku....dengan hamparan kasih yang tiada bertepi.....bila kan bertemu daratan, entah bila kan jari-jemari berhenti menari lagi...bukan untuk sekian kalinya...bukan lagi dengan izinNya......

Maafkan aku....dari awal hingga akhirnya....