Dalam wasiat Nabi صلی الله عليه وسلم kepada Mua’dz bin Jabal رضي الله
عنه, beliau صلی الله عليه وسلم bersabda.
“Artinya : …. Dan pergaulilah
manusia dengan akhlak yang baik” [Hadits Riwayat Ahmad, Tirmidzi,
Darimi]
Kubuka tirai "Day 1" dengan hadis di atas...ayat yang sangat ringkas tapi membawa maksud yg sangat indah. Ia adalah antara mutiara yg ditinggalkan Rasulullah...semua akan membacanya namun hanya hati-hati yang indah sahaja yang mampu menggarap maksud di sebalik hadis2 baginda.
Ya Rabb...golongkanlah aku di dalam golongan itu...
Hari ini, dengan mood dukacita aku menyusun resah melihat betapa tidak endahnya manusia yang tercatat Islam sebagai agama di dalam IC mereka mengambil Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam kehidupan seharian. Betullah jugak...nak ikut macamana, kitab2 mengenai baginda tidak ada di antara koleksi buku-buku yang dibaca. Ceramah pun dengar sekali sekala (setahun sekali kot waktu ramadhan)..itupun kalau tak berdengkur separuh jalan. Tidak ada apa yg thrill dlm sirah Rasulullah...let the oldies hold that job, our turn will be around the corner soon.
Soalnya, dah pernah tanya ke malaikat Izrael bila nak datang bagi kad jemputan dari Allah...since when death will only reach you when you are old....?
Natijahnya...haa...macam isu terhangat di pasaran sekarang. Isu racism macam hot sale akhir bulan dekat jaya jusco. Bangsa Cina adalah golongan yang amat 'berdosa' sekarang di kalangan beberapa golongan. Mereka adalah seperti gunting dalam lipatan, ada agenda paling rahsia untuk menjatuhkan orang2 Melayu. Itu mereka kata. Aku ada point aku sendiri. Yang paling seronok, semua fakta itu bermula dari cetusan idea seseorang atas isu pilihanraya yang baru di'past tense' kan, yang akhirnya digarap dengan begitu unik oleh orang2 yang suka copy and paste dan buat jualan lelong kepada oranglain.
Maka persoalannya...itukah akhlak Rasulullah yg kita ikut? Mana satu akhlak baginda yg ada dalam mana-mana tindakan itu?
Kesahihan fakta....? Menghina dengan kata-kata yang lebih busuk dari longkang? Menutup hati dari teguran dan membalasnya dangan maki hamun?
Oh ya! Tidak mengetahui, jauh sekali memahami sirah adalah puncanya. And for that...really..I've no comment!
Sesungguhnya setiap perkara yang dilalukan, setiap kata2 yang dihamburkan, setiap idea yang direalisasikan, semuanya mempunyai natijah yang perlu dihadapi. Dan akhir sekali akan menjadi satu saham (baik atau buruk) di akhirat kelak. Belajarlah meletakkan akal di tempat yang sepatutnya, gunakan pemberian Allah itu untuk perkara yg baik2 sahaja, jadilah agen pembawa kebaikan kepada insan lain....dan segalanya mampu digalas dengan sebaik2nya jika diterjemahkan melalui kaca mata Islam yang dibawa oleh junjungan besar baginda Rasulullah.
And maybe for a start.....istighfar dan zikrullah...lembutkan hatimu agar mampu melihat dan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai penyelesaian keruntuhan akhlak manusia waktu kini.
Wallah hu'alam.
1 comment:
i think about time you need to change the profile to the upgraded one.
Post a Comment