Membaca beberapa post dan komen2 'mendebarkan' di laman fb yang menyentuh beberapa isu sejak kebelakangan ini mengetuk perlahan pintu hatiku, memaksa minda berputar 360 degree...yang akhirnya membawa jari-jemari menari untuk merealisasikan pemikiran.
"Lu apa...boleh balik India la, jangan buat samseng ini Malaysia"
"Wei, tak tau sejarah, jangan cerita. Ini Malaysia kalau tak da orang India datang, lu Melayu pun tak ujud oo"
"Kita Cina kalau tak datang ini tanah, ini Malaysia tak boleh maju woo"
Inilah antara komen2 separuh pedas menyahut post dari perkembangan terkini, Entah di mana salahnya suis dalam kepala seseparuh dari kita yang suka mencetuskan perbalahan dengan percuma. Pantang ada berita yang hangat sedikit, kepala pun berspin nak mengeluarkan komen yang boleh mencetuskan isu-isu sensitif. Lagi parah bila bahasa2 yang tidak diajar oleh nenek moyang pun sanggup diselitkan. Masing2 nak jadi lawyer tak bertauliah yang melayakkan mereka menjadi 'keyboard warrior' tak bergaji.
Akhirnya, ke manakah peperangan maya ini akan dijuruskan?
Mungkinkah ada piala pusingan untuk dibawa balik?
Atau ada gelaran 'keyboard warrior of the universe'?
Aku bukanlah seorang pakar sejarah untuk mengupas 'ketuanan Melayu' di bumi Malaysia ini, jauh sekali seorang hakim untuk mengadili siapa benar dan siapa yang salah. Hanya seorang manusia biasa, dilahirkan untuk menghargai keamanan, tiada kegemaran mengutip mana-mana salahfaham secara sengaja, tiada kecenderungan menjadi juara pada pertandingan yang tidak bertujuan...and seriously never ever want to pick up a habit as a 'keyboard warrior'!
Namun sebagai seorang yang meminati sejarah sepenuh raga, aku tak mampu menolak hakikat bahawa pengaruh kerajaan Hindu-Buddha adalah yang terawal di kepulauan Melayu. Ia bermula dari kerajaan Srivijaya di Palembang hinggalah di mana ia berkait dengan Parameswara yang membuka Melaka. Candi yang terdapat di Lembah Bujang di Kedah pun banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha. Dan jika hendak menyingkap persoalan bahasa, maka Bahasa Melayu moden yang kita guna sekarang ini adalah perolehan dari Bahasa Melayu klasik yang dulunya berasal dari Bahasa Melayu kuno yang dipengaruhi pula oleh sistem bahasa Sanskrit yang menjadi bahasa perantaraan agama Hindu dan Buddha. Persoalan Parameswara yang dikatakan memeluk agama Islam dan dipertikaikan oleh ramai orang Hindu di bumi ini tidak mampu hendak kupersoalkan di sini kerana itulah sejarah yang tercatat di buku-buku teks dan diajar di sekolah sejak dulu. Samada sejarah itu telah dimanipulasikan, hanya pakar sejarah yang telah lama bersemadi di perut bumi yang mengetahuinya. Di atas semua kenyataan ini, aku nyatakan sebagai pembaca dan pemikir sejarah yang setia, jika tersilap ia adalah kerana aku bukan pakarnya - my understanding could be wrong but I know what I read (senyum sumbing)
Inilah hakikat sejarah yang boleh diulang-ulang membaca dan mengupasnya. Inilah jua fakta jika mahu memahaminya. Dan itu bukan persoalannya di sini. Persoalan bangsa dan ketuanannya sering menjadi isu yang suka dipermainkan. Hanya menunggu sepuluh jari kepunyaan SEORANG manusia yang memulakan tarian, maka adalah yang akan melatah dan menari sama. Yang menjadi ketidakfahamanku, mengapakah isu ini menjadi satu yang universal di bumi bertuah ini? Mengapa kita tidak mampu mengatakan bumi ini milik kita bersama...kita yang Melayu, India dan Cina dan apa jua suku kaum yang sama-sama bernafas di bumi yang sama. Apakah kehebatannya mengatakan 'ketuanan' bangsa masing-masing...apakah akan ada emas menggunung datang menggolek kepada bangsa itu, atau nanti bangsa itu akan dikalungkan pingat 'juara bangsa' terhebat generasi ini? Melainkan semua ini...percayalah, hanya mengundang kebencian dan dendam yang akan menghapuskan 'ketuanan bangsa' itu sendiri!
Marilah kita yang beragama Islam ini kembali kepada sejarah Islam yang menjadi contoh tauladan terbaik melalui Nabi Junjungan. Marilah kita pula yang bukan beragama Islam menjengah sejarah agama masing2. Tidak ada tercatat dalam mana2 agama atau bangsa di dunia ini yang menghendaki persengketaan secara fitrahnya. Letakkanlah soal bangsa di dalam kotak yang tidak akan ditendang hempuk oleh sesiapa. Bagi yang Islam, ingatlah bahawa soal bangsa tidak akan ditanya di hari akhirat kelak, Tidak ada dalam mana2 ayat AlQuran atau hadis baginda Rasulullah yang mengatakan bangsa yang hebat akan menempatkan dirinya dalam syurga. Risalah Rasulullah bukan hanya untuk membangunkan sisi tauhid tetapi juga membangunkan sendi dan dasar akhlak mulia. Maka akhlak mulia inilah yang perlu kita pakai dalam menjalani kehidupan ini. Dan akhlak mulia ini jauh sekali mencaci dan mengherdik, mahupun memandang rendah pada oranglain dan sekalian sifat yang hodoh dan dibenci. Sekiranya kita menterjemahkan akhlak mulia ini dalam kehidupan, maka bukan sahaja agama dihormati malah bangsa juga tidak akan dicaci.
Mungkin aku hanya pandai berbahasa, tetapi inilah terjemahan dari pengalaman yang sejak di bangku sekolah berada di kalangan berbagai bangsa dan akhirnya mempunyai suami yang juga bukan sebangsa, sekufu dan sekaum. Namun aku yang bukan seagama dengan keluarga besar ini(hanya suamiku yang beragama Islam), yang ke sana sini bersama mereka dalam keadaan aurat yang dijaga, Alhamdulillah masih dihormati dan diterima di kalangan mereka, masih dikasihi dan dipeluk cium ketika berjumpa. Dan yang paling penting, tiada sekalipun ada halangan untuk mempraktikkan suruhan agama (solat, mengaji dan sebagainya) ketika bersama.
Maka di manakah persoalan bangsa atau siapa yang menjadi tuan di Tanah ini bila kita mampu hidup bersama dalam percikan keamanan dan bernafas bersama dengan kasih sayang? Siapa pula mampu menidakkan bagaimana muhibbahnya saling bertukar2 pandangan dalam adab dan adat yang berbeza? Bukankah semua manusia secara fitrahnya menginginkan kebaikan dan kesejahteraan?
Maka aku dengan rasa rendah diri.....sebagai bukan pakarnya dalam sejarah mahupun bahasa, masih merangkak menghidupkan sunnah dalam cermin kehidupan, terlalu mendambakan agar isu bangsa ini tidak lagi diperhangatkan sesedap rasa. Marilah kita memartabatkan kemanusiaan yang ada dalam diri...kerana itulah hakikat insan yang cintakan keamanan, walau di atas apa jua nama dan bangsa yang dipakai.
KEHIDUPAN TIDAK DINILAI DARI BANYAKNYA HEMBUSAN NAFAS YANG DIAMBIL TETAPI DIUKUR DARI SETIAP DETIK DI DALAM HELAAN NAFAS ITU
Pearls in the sand
Friday, 23 January 2015
Saturday, 17 January 2015
Bergaduh, bertengkar, berselisih faham.......seumur hidupkah perlu dilalui?
Sedar atau tidak, mengaku atau menidakkan...itulah antara hakikat hidup yang mesti dirasai dan dihadapi oleh mahluk bernama insan di mukabumi ini.
Perbalahan sebenarnya telah wujud sejak awal kehidupan lagi. Waktu bayi, bergelut dengan ibu masa hendak disuapkan makan. Ada saja benda yang disuap ke mulut tak rasa berkenan di tekak seorang bayi, yang tak boleh dijamah dengan gigi yang belum tumbuh..itulah yang teringin.
Dah membesar sikit, mula merempan nakkan barang mainan yang harganya sama dengan periuk letrik ibu, yg kadang2 pun dah bersepah2 di ruang tamu. Bila dah ke sekolah mula berlatih jadi pelakon bila malas nak ke sekolah, jenuh pulak nak berbalah dengan ibu yang dah masak dengan telatah anak. Sekolah menengah...? Waktu ni dah advance berbalah dengan semua ahli keluarga plus kawan2 di sekolah. Ada saja yang tak kena, ada saja penyebab nak jadi cerita.
Perselisihan ketika hendak memilih kerjaya...? Mungkin tidak sehebat mana. Perbalahan waktu hendak memilih jodoh...? Yang ini selalunya akan diiringi drama airmata, rajuk berpanjangan atau degil yang tak boleh diasuh. Akan ada yang mengalah, peperangan yang pastinya ada kalah dan menang.
Walau apa perbalahan dan pertengkaran yang mungkin pernah dilalui, ianya tidak sesakit menghadapinya dengan darah daging sendiri. Berselisih faham sehebat manapun, ianya pasti lebih menyakitkan jika disakiti atau menyakiti orang yang disayangi.
Perlukah terus 'berjuang' jika rasa diri itu benar, atau perlukah mengalah sekiranya tidak mampu lagi menyakiti dan disakiti? Apakah ada mahkamah yang adil untuk mengadili perbalahan dua insan yang tidak merasa bersalah dan memegang hak dia atas apa jua nama..?
Mahluk yang bergelar insan ini adalah sesungguhnya sebaik-baik kejadian oleh Allah, dibekalkan akal fikiran, lengkap dengan perasaan dan nafsu, cukup pula dengan kemampuan fizikal yang boleh diajar melakukan sesuatu. Namun sebaik-baik kejadian inilah yang kadang2 mengalahkan mahluk lemah yang lain bila sampai kepada perbalahan...
Berhujahlah dengan bijak menggunakan akal fikiran, pujuklah kedegilan dengan bekalan perasaan yang penuh kasih sayang, pandulah nafsu ketika memberontak, dan mengalahlah bila jalan penyelesaian tidak kelihatan. Pertelingkahan tidak memerlukan pemenang, pertengkaran bukannya suatu pertandingan, kerana jika begitulah maksud perbalahan, kita telah menyamakan diri dengan mahluk bernama haiwan.
Akhirnya, mungkin kita hanya perlu menyedari suatu hakikat yang pasti.....bahawa kita sedang menyeberang kehidupan ini kepada suatu kehidupan yang sangat pasti, kehidupan yang mahkamahnya sangat adil dan diadili pula oleh Yang Maha Adil...maka percayalah, natijah perbalahan sewaktu di dunia akan terlihat akhirnya dalam kitab tebal yang akan dihisab. Pilihlah hasilnya sekarang...selagi masih diberi waktu berbuat demikian.

Subscribe to:
Posts (Atom)