Sukarnya memujuk hati yang sedang menanggung keperitan. Airmata yang terhambur memang tidak boleh dikawal. Rasa nak menjerit pun ada. nak baling bantal atau buku di tangan pun sanggup rasanya. Jangan gusar...bukan kau seorang yang pernah dan selalu merasai sakit dan lukanya hati. Tak ada orang dalam dunia ini yang 24 jam tersenyum dan ketawa. Malah percayalah....kalau kau fikir sakit hatimu macam dirobek pedang tajam, ada oranglain di luar sana yang lebih teruk menanggung kelukaan itu.
Sabarlah....bukankah itu yang selalu engkau dengar? Dah muak mendengarnya kan? Dalam menyuruh sabar, ada pulak hamba Allah yang menyuruh bersyukur dengan apa yang kau ada. Siap keluar hadis dan ayat quran tentang keutamaan sabar dan syukur. Teringin jugak nak bertanya adakah mereka merasai apa yang kau rasa...atau lebih teruk lagi nak saja kau hempuk kipas kat kepala mereka. Cakap senanglah...cuba kena sekali!
Kalau kau rasa marah, kalau kau rasa nak hempuk kipas atau apa-apa sajalah, atau sekurang-kurangnya kalau kau dengan lemah lembut mempersilakan mereka meninggalkan kau, sebenarnya kaulah yang kurang cerdik. Nasihat tentang sabar dan syukur adalah mutiara yang sangat indah...masakan tidak indah, ia datang dari ajaran Rasulullah sallaullah hu'alai hiwassalam, malah ia diambil dari ayat-ayat Tuhanmu yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.
Sabar......sabarlah, kerana Allah Azza Wajalla sedang menghadiahkan kau ujian yang manis. Dia Yang Maha Luas kasih sayangNya sedang menunggu kau untuk diselimuti dengan kerahmatan. Tuhanmu itu sedang merindui rintihanmu mengadu rasa kepadaNya. Dengan kesakitan inilah, baru terasa sangat tulus sujudmu, akan kau korbankan masamu yang sebelumnya ini sangat sempit untuk kau rayu ketenangan hati. Dan sanggupkah kau tidak mengakui bahawa sungguh hatimu terasa lapang dan indahnya setiap kali kau berteleku di sejadah itu? Bukankah semua itu hanya termampu kau lakukan sekiranya kau bersabar di atas ujian sakitnya hatimu itu?
Dan percayalah, perlahan-lahan kau akan terasa bersyukur kerana dipilih untuk menghadapi ujian itu. Bila kau menoropong kehidupanmu lebih jauh, kau akan terlihat betapa banyaknya nikmat dariNya yang kau tidak belajar mensyukurinya. Kau terlalu sibuk dengan ketawa dalam hidupmu, sehingga bila kau terpaksa menangis kesakitan, kau rasakan itulah penghujung segalanya.
Lihatlah indahnya perjalanan takdir ini untukmu. Berjalanlah dengan sisa hidupmu bertongkatkan sabar dan syukur. Terbanglah merentas lautan hidup ini bersayapkan keduanya..pasti sakit yang kau rasa hanya tinggal sakit yang kau rela menghadapinya, kerna kau kini tahu....cukuplah Allah bagimu!
No comments:
Post a Comment