Pearls in the sand

Pearls in the sand

Thursday, 9 January 2020

Nota Seorang Pendosa 2

Berhenti lah mengata, memaki, mengadu domba.
Cukup-cukuplah memandang oranglain hina dan merasa diri lebih mulia.

Jika mahu menegur, luruskan ia dengan niat yang tidak bersimpang-siur. 
Konon kerana sayangkan saudara seIslam, tetapi jauh di hati mencebik benci. 

Jika menegur tidak mampu, menjauhlah dengan doa yang kau cuba ikhlaskan - ikhlas kerana kau sendiri tidak tahu penghujung hidupmu atau mereka. 

Di dahi mereka tidak tercatat ahli neraka,
di kitab amalmu pun masih belum pasti tercatat kau ahli syurga.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW,

"...Demi Allah yang tiada Tuhan melainkanNya. Sesungguhnya salah seorang di kalangan kamu akan beramal dengan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dengan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului dengan dengan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka, lalu dia dimasukkan ke dalam neraka. 
Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga, lalu dia memasuki syurga."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka janganlah kau berfikir jika amalmu sudah setinggi langit, mungkin dengan rasa riak yang tercetus di hati akan menyeretmu ke pintu neraka.
Dan jika kau merasa dosa yang kau lakukan belum lagi seluas laut terbentang, ingatlah kau tak akan mampu membeli usia yang panjang dengan tangismu. 

Mati sedang mengintai kita.
Sedetik lagi, malaikat maut akan menyapa.
Sungguh....sungguh!

Kita tak lagi punya banyak masa.






No comments: